Assalamualaiikum, selamat menyambut maulidurrasul buat semua umat islam diseluruh dunia.
Syurga,bercerita mengenai syurga,pasti ramai diantara kita yang teringin dan berhajat untuk sampai kesana.Tapi,layak kah kita sebagai manusia yang selalu leka dan enggan mematuhi kehendak yang Maha Esa?
Terbayang Suasana syurga yang begitu indah,apakah amalan kita untuk sampai kesana? Pasti hanya orang yang beriman sahaja hadir menuju kesana.Diharap post yang bertajuk "4 golongan yang dirindui syurga" membuatkan saya dan pembaca pembaca sama sama me motivasikan diri supaya lebih bahagia dalam kehidupan.
4 golongan yang dirindui syurga:
1. Orang yang membaca Al-quraan
2. Orang yang memelihara lisan dari ucapan yang keji dan mungkar
3. Orang yang memberi makan yang sedang kelaparan
4. Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan
Golongan pertama adalah golongan manusia yang suka membaca dan mempelajari Al Quran. Sebagaimana nasihati Nabi yang mengamanahkan umatnya untuk belajar tanpa peduli umur dari lahir hingga masuk ke liang lahat.
Golongan kedua, adalah golongan orang yang boleh menjaga lisannya sebagaimana hadith Nabi yang berbunyi “Akan selamatlah manusia yang boleh menjaga mulutnya”. Lisan dapat menyebabkan orang saling bemusuhan dan bercerai berai. Maka jagalah pertuturan lisan untuk kebaikan bersama.
Golongan ketiga yang dirindukan surga Allah adalah golongan orang yang gemar memberi makan orang yang lapar dan berpuasa. Ibadah puasa mengajarkan manusia untuk mengerti dan memahami apa yang dirasakan saudaranya. Memberikan makan kepada orang yg berbuka puasa juga berpahala sangat besar. Sebagaimana Hadits Beliau SAW "Orang yang memberi makan orang yang berpuasa akan memperoleh pahala seperti orang yang puasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu."
Golongan keempat yang dirindukan Allah adalah golongan orang-orang yang ikhlas berpuasa di bulan Ramadhan. Sebuah riwayat menceritakan betapa para sahabat Nabi merasa sedih dan menangis kerana akan ditinggal bulan Ramadhan. Para sahabat tersebut berdoa agar bulan Ramadhan dapat berlangsung sepanjang tahun. Dengan riwayat tersebut dapat disimpulkan betapa besarnya berkah dan anugrah yang ditawarkan Allah melalui bulan Ramadhan.Jika artikel ini menarik,kongsikan kepada rakan rakan anda dengan menggunakan button share dibawah ini.Untuk dapatkan info info lebih lagi dari blog bukharimalek.my,kini anda boleh Follow blog ini melalui bahagian sidebar disebelah kanan.semoga artikel ini memberi kebaikan untuk kita bersama.
Wallahu'alam.



0 comments:
Post a Comment