Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silam, tetapi lihatnya dia pada hari ini. Semua orang mampu berubah. Malah jauh lebih baik dari kita jangkakan.
"Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu."
(Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)
Hidayah itu milik Allah, Dia akan beri pada sesiapa saja dan pada bila-bila masa yang dikehendakiNya.
Kita juga jangan lupa, Allah itu maha pembolak-balik hati. Kita tidak tahu kedudukan kita esok atau lusa. Mungkin hari ini kita nampak jauh lebih beriman tetapi jika terpalit riak dan sombong, tidak mustahil kita akan tersesat jalan. Begitu juga jika kita melihat
Mari kita lihat pesanan Al-Hafizh Ibnu Hibban, "Yang harus dilakukan setiap orang berakal adalah mencari keselamatan, tanpa mencari-cari aib orang lain, sambil meluruskan aib dirinya sendiri. Sebab siapa yang dapat melihat dan memperbaiki aib dirinya tanpa mencari-cari aib orang lain, bererti dia telah mententeramkan dirinya dan tidak membebani hatinya. Selagi dia melihat aib dirinya, tentu dia tidak nampak jika melihat aib serupa pada diri saudaranya."
Sedangkan aib sendiripun Allah larang kita mededahkannya, inikan pula aib orang lain.
"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615, disahihkan dengan syarat Bukhari dan Muslim)
Bersangka baik itu juga satu ibadah. Bukankah kita orang yang solat ? dan solat itu perisai bagi orang yang beriman ? (^_^)



True guidance comes only from Allah. Reading surah kahf in roman english helps us seek His guidance and stay on the right path in life.
ReplyDelete