12/04/2014

Ujian Kehidupan

Posted on 4/12/2014


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Semangat ana yang mengidamkan kecemerlangan dunia dan hakiki kini semakin membara, thank you Allah. Atas kehendakNya result exam ana baru-baru ni meningkat.. InsyaAllah semakin cerahlah masa hadapan ana. 


Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan berusaha kerana Allah beri kita kuasa mentadbir sahaja, bukan mentakdir.

Setiap manusia pastinya mempunyai impian dan cita-cita. Impian ana ingin menjadi seorang pakar bedah. Seorang insan biasa dengan impian yang luar biasa. ... Dari impian lah datangnya kenyataan. Ana tak hebat tapi ana ingin mencapai sesuatu yang sukar tapi tidak mustahil. 

Untuk mencapai Impian ini. Banyak ujian yang ana harus tempuhi. Ujian demi ujian pastinya memberikan kita kekuatan. Bersangka baiklah dengan ujian Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Yakinlah. Yang penting bila kita dah senang janganlah kita lupa pada Allah. Kerana dariNya rezeki itu datang.

Moga Allah beri kekuatan kepada ana dan manusia-manusia yang sedang diuji dengan kesakitan, kedukaan dan kekecewaan. Hanya sangka baik dengan Allah sahaja cara terbaik mengubat hati.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. InsyaAllah semua yang Allah tentukan itu baik untuk kita. Kerana tiada yang Allah tentukan melainkan ada hikmah di dalamnya.

Moga Allah jadikan hati kita redha atas setiap sesuatu. 


Sebuah hadis oleh Imam At-Tirmizi, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W:"Siapakah orang yang paling berat cubaannya?".
Jawab baginda, "Di antara orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agama, beratlah ujian yang diterima. Jika agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya".

Di sini ana sertakan satu nasyid yang mungkin mampu memberi inspirasi kepada kita dalam kehidupan



Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment